Saturday 2 June 2012

Warna aman damai

Assalamualaikum semua

semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera diliputi warna hijau nan aman dan damai serta udaranya yg segar.

Bayangkan , bumi kalau tanpa pokok dan hutan belantara yang menghijau aman serta lautan biru yang luas terbentang tenang. Sudah tentu bumi akan menjadi tempat yang paling tidak selesa didiami ibarat hidup di gurun sahara.

Sesuai sekali dengan 'perhimpunan hijau' di negeri aman baru baru ini yang membawa lambang keamanan dan kedamaian yang akan kita rasai nikmatnya sekiranya kita merasainya dan menghirup udaranya yang segar.

Negeri aman telah berjaya menghimpunkan 'zillion' masyarakat yang mahukan keamanan dan kedamaian yang hanya sanya dapat dilaksanakan di bawah paksi agama keamanan dan kedamaian iaitu agama Islam. 'addennu haq wa rahmatan lil'alamin'. Islam itu sejahtera, aman dan damai.

Damai dan sejahtera melihat para pemimpin yang ihklas berjuang mencari keamanan dan kedamaian serta kesejahteraan memimpin masyarakat berdoa kepada Tuhan rabbul jalil supaya keamanan dan kedamaian itu dilimpahkan ke bumi. Terutamanya dan lebih lebih lagi ke negeri yang digelar dar al aman ini.

Mudahan negeri Kedah terus menjadi negeri aman sejahtera selamanya di bawah panji hijau yang memberi makna keamanan dan kedamaian yang mana tunjangnya adalah ISLAM ADDENNU HAQ RAHMATAN LIL ALAMIN.



Terimas